Welcom to BaONG Blog
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Sunday, December 27, 2009

Hati2 dengan Pemanas Air Mandian Anda

Khusus kepada para sahabat/mambers di SCRIPTERS. Jika anda mengunakan pemanas air mandian di rumah, berhati-hati. Pastikan alatan itu diperiksa selalu. Terutamanya pendawaian elektriknya.

Jangan sampai petaka menimpa ahli keluarga yang dikasihi.

PERIKSA SELALU ALAT PEMANAS AIR MANDIAN ANDA!














Kerapuhan penerapan iman kepada anak2

budak sekarang, cepatttt belajar- Trajedi pergaduhan budak sekolah...inilah akibat yer jika hidup berpandukan nafsu dan kemewahan dunia...hidup yang dikuasai iblis durjana bagi merosakkan manusia.......... (gile la budak2 zaman sekarang ni...)




Golongan Yg Di Benci ALLAH

Golongan yang Dibenci Allah.

Adalah sunatulah bahwa segala sesuatu dalam kehidupan ini selalu berpasangan. Di satu sisi ada orang yang bergelut dengan kemiskinan, tapi di sisi lain ada golongan yang hidup dalam kelebihan harta. Ada pula orang-orang yang hidupnya selalu diliputi dengan keberkahan dan kasih sayang Allah, namun di sisi lain ada orang-orang yang selalu hidup dalam kemurkaan dan dibenci Allah.

Orang-orang yang hidup dalam kebencian Allah pada dasarnya disebabkan oleh perilaku mereka yang mengundang kemurkaan Allah. Rasulullah menjelaskan, ''Empat macam orang yang dibenci Allah, yaitu penjual yang suka bersumpah, orang miskin yang sombong, orang yang sudah tua suka melacur, dan pemimpin yang durhaka.'' (HR Nasa'i dari Abu Hurairah).

Hadis di atas memberikan penjelasan yang gamblang bahwa ada empat perilaku yang dapat menggelincirkan manusia masuk ke dalam golongan orang-orang yang dibenci Allah. Pertama, penjual yang suka bersumpah. Yang termasuk dalam kelompok ini adalah para penjual yang sering bersumpah palsu dengan tujuan untuk melariskan atau meningkatkan keuntungan. Rasulullah telah memperingatkan berkaitan dengan perilaku ini dalam sabdanya, ''Bersumpah untuk melariskan barang dagangannya adalah merusak keberkahan dan keuntungan.'' (HR Bukhari dan Muslim).

Kedua, orang miskin yang sombong. Dalam konteks ini maksudnya adalah orang yang miskin secara kehidupan, tetapi ia tidak mau berdoa kepada Allah, tidak berusaha, dan bahkan malah bergaya seperti orang yang kaya serta sombong kepada sesamanya. Berkaitan dengan sifat sombong, Allah memperingatkan, ''Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.'' (QS 17: 37). Dalam ayat lainnya Allah menegaskan, ''Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.'' (QS 31: 18).

Ketiga, orang yang sudah tua tetapi suka melacur. Orang yang sudah tua seharusnya mulai berpikir dan menyiapkan diri menjemput kematian. Dan, bukan justru semakin bermaksiat kepada Allah, seperti melakukan perzinahan. Inilah sebab mengapa orang-orang seperti ini Allah benci.

Keempat, pemimpin yang durhaka. Pemimpin yang durhaka dalam konteks ini maksudnya adalah pemimpin yang memanfaatkan wewenang dan jabatannya untuk memperkaya diri sendiri dan kelompoknya. Mereka sibuk melakukan praktik 'dagang sapi' untuk dapat melanggengkan kekuasaan dan melakukan korupsi secara bersama-sama. Rakyat yang mereka pimpin hanya dijadikan objek untuk meraih keuntungan sebesar-besarnya. Rakyat hanya dijadikan simbol untuk melegitimasi perilaku buruk mereka. Akibatnya, kehidupan rakyat jauh dari mencukupi, dan bahkan berada di bawah garis kemiskinan. Semoga Allah selalu melindungi kita sehingga tidak terjerumus kepada empat perilaku tadi. Wallahu a'lam .
Wassalam !


===========================
" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur'an: Al-Baqarah:120)

Pengajaran Untuk Renungan

Buat renungaN

Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan
Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti
saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang
kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk
menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas
sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,
berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah
usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no
tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat
di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu
mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari
anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah
seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan
ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn
jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup
mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma
adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan
mengecam...sejurus sebelum pengsan.

kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?

saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan kawan mahu
lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan.





Keistimewaan kaum HAWA

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Wednesday, March 11, 2009

Struktur Al-Aqsa terjejas

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel didakwa menjejaskan struktur asas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dengan membuka satu terowong besar di bawah bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Terowong itu digelar oleh media sebagai lokasi pelancongan sudah pun menyebabkan retakan di struktur kawasan pejalan kaki Haram al-Sharif.
Kawasan Haram al-Sharif itu menempatkan sejumlah lokasi bersejarah seperti kubah emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
"Tanpa sebarang keraguan di dalam pemikiran saya bahawa kerajaan Israel mempunyai hasrat dan keinginan untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
"Mereka (pihak kerajaan Israel) mahu melakukan (memusnahkan Masjid Al-Aqsa) dengan cara untuk menjadikan kemusnahan itu adalah akibat faktor alam semula jadi," kata Ketua Majlis Tertinggi Muslim yang memantau kawasan suci di Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein.
Menurutnya, semua aktiviti yang dilakukan oleh pihak Israel di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa adalah menunjukkan ia mahu memusnahkan kawasan suci umat Islam itu.
"Kini tiba masanya bagi umat Islam, kerajaan Islam dan pertubuhan Muslim di seluruh dunia untuk menghentikannya," katanya.
Beberapa pegawai Palestin dan pertubuhan penganut agama Islam termasuk Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan banyak amaran terhadap kerja-kerja penggalian di pekarangan serta bawah tanah Masjid Al-Aqsa.
Pada bulan lalu, Jordan meminta Israel menghentikan melakukan sabotaj terhadap struktur Masjid Al-Aqsa dengan memberi amaran bahawa isu sensitif itu mampu mencetuskan seluruh rantau tersebut berperang. - Agensi.

Sunday, March 8, 2009

MP Zeidan dibebaskan selepas 23 bulan dalam tahanan



Rabu, 04/03/2009 - Penguatkuasa Israel telah melepaskan Abdel-Rahman Zeidan, bekas Menteri Kementerian Kerja Raya dalam kerajaan Palestin yang ke-10 di bawah pimpinan PM Ismail Haneyya. Sumber menyatakan bahawa beliau dibebaskan dari penjara di padang pasir Negev pada hari Isnin 2 Mac 2009 setelah 23 bulan berada dalam tahanan.
Zeidan telah ditangkap pada 23 Mei 2007, lalu menjadi salah seorang dari berpuluh-puluh penggubal undang-undang Hamas dan menteri-menteri yang dipenjarakan oleh pihak Israel. Ini adalah kali kedua Zeidan telah ditangkap dan ditahan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Komander Al Quds syahid dalam serangan rejim Zionis.




Jumaat, 06/03/2009 - Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islami, Briged Al-Quds mengumumkan berita pembunuhan salah seorang komander mereka. Khaled Sha’lan, 24 tahun di Wilayah Utara Gaza pada malam Rabu lepas. Beliau cedera di dalam satu serangan hendap yang dilancarkan oleh pihak Yahudi laknatullah. Khaled telah meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan parah yang dihidapinya.
Briged Al-Quds menyatakan dengan tegas bahawa pihak mereka akan membalas serangan ini pada bila-bila masa dan ketika. Serangan yang telah dilancarkan oleh pihak rejim Zionis mensasarkan penduduk awam di kem pelarian Jabalia. Setakat ini tujuh penduduk awam telah cedera termasuk dua di dalam keadaan parah.
Di West Bank pihak berkuasa negara haram Israel telah menyerahkan notis kepada 15 penduduk di Nablus untuk mereka mengosongkan rumah dan harta benda sebelum 26/3/2009 untuk dirobohkan oleh pihak Yahudi Laknatullah. Maklumat dari penduduk memberitahu bahawa pihak Israel mendapati bahawa terdapat banyak rumah kediaman di daerah itu dibina sebelum bermula penjajahan Israel pada 1967.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Bai

Masjid Aqsa bakal runtuh tidak lama lagi ?



Jumaat, 06/03/2009 - Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.
Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.
Beliau menekan penggalian Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Resolusi ‘al-Quds sentiasa di hati’ seru tubuh JK pembela.




Sabtu, 07/03/2009 - Badan-badan amal Baitul Maqdis yang beroperasi di Jordan mengkritik ketiadaan pendirian Arab dan Islam yang berkesan bagi memberikan tekanan terhadap pihak berkuasa Zionis agar memberhentikan perancangan mereka yang bertujuan untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan menghalau para penduduknya dari bandar tersebut.
Kenyataan ini dikeluarkan melalui resolusi sebagai menandakan berakhirnya program Seminar Pemikiran Tahunan bagi ‘Forum Pemikiran Arab’ yang diadakan di Amman bertemakan ‘al-Quds sentiasa di kalbu’ pada petang Khamis (5/3).
Putera al-Hasan bin Talal, bekas Putera Mahkota Jordan dalam ucapannya memberikan amaran terhadap perancangan yang dilakukan bagi mengosongkan bandar al-Quds daripada penduduknya yang berbangsa Arab dan mengasingkan bandar tersebut daripada kawasan sekitarnya yang beridentiti Arab. Beliau juga menegaskan keperluan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada penduduk al-Quds agar rancangan memindahkan mereka dapat dihalang.
Sementara itu, pengarah dan penaung ‘Forum Pemikiran Arab’ semasa penutupan forum tersebut menggesa agar sebuah jawatankuasa pembela al-Quds ditubuhkan dengan dianggotai oleh pelbagai pihak daripada pelbagai pengkhususan, kerana ia adalah isu ketamadunan dan kemanusiaan, bukan hanya isu agama, politik dan ekonomi semata-mata.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Wasiat Dari Penjaga Makam Rasulullah: Jawapan dan Komentar

Dunia Islam seringkali dihebohkan dengan 'wasiat' yang kononnya datang dari Sheikh Ahmad selaku Penjaga Makam Rasulullah SAW di Madinah. Kandungan 'wasiat' itu juga disandarkan pada Rasulullah SAW. Kandungan wasiat tersebut adalah seperti berikut...

---------------------------------------

SHEIKH AHMAD : "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM "
.
"Pada malam tatkala hamba membaca Al Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "Di dalam 60,000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorang pun yang mati beriman, kerana:

1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak solat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Sheikh Ahmad engkau sabdakan kepada semua umat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT."

Demikian pesanan Rasulullah kepada hamba, maka berdasarkan pesanan Rasulullah tersebut dan oleh kerananya hamba berpesan kepada segenap umat Islam di dunia:

a. Berselawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan solat 5 (lima) waktu.
c. Bersadaqah dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu, tunaikan segera ibadah haji.

Perhatian: Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalinnya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan/kiamat.

Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al-Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa

PENJAGA MAKAM RASULULLAH S.A.W. SHEIKH AHMAD DI MADINAH.

---------------------------------------

Beginilah 'wasiat' yang sering ditakuti oleh umat Islam. Takut sekiranya gagal untuk menyebarkannya, maka bala akan menanti, kerana inilah 'janji-janji' yang terletak di hujung wasiat ini. Disertakan sekali kisah-kisah 'tauladan' bagi orang yang menyebarkan 'wasiat' ini dan juga kisah-kisah 'buruk' yang menimpa mereka yang gagal 'memenuhi arahan Sheikh Ahmad'. 'Wasiat' ini menimbulkan tanda tanya di kalangan umat Islam tentang kesahihannya.

Ada pula yang membabi buta menyebarkannya tanpa ada rasa prihatin tentang kesannya terhadap ajaran Islam. Mungkin kerana tidak tahu, atau tidak mahu tahu. Kepada sesiapa yang tidak tahu, harap lepas ini berhenti untuk mengaku sebagai tidak tahu...

Kandungan wasiat ini sebenarnya adalah BATHIL.

Surat wasiat ini ditulis oleh paderi² biara Blessings of satu Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 bagi tujuan untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose ada Villa, seorang paderi Khatolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father ada Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun (sila rujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1978 dan Jabatan Agama Negeri).

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah saw. di Madinah Al-Munawarah antara tahun 1967 sehingga 1979, TIDAK ADA penjaga atau pemegang kunci makam Rasulullah saw. bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah Al-Munawarah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881 - meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932 - meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934 - bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al Quraisyi (1967 - meninggal dunia 1979).

Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah Al-Munawarah atau Hijjaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah Al- Munawarah.

Penjelasan di atas akan dilengkapkan lagi dengan komentar dari ulama' kontemporari, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawy:

---------------------------------------

"Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasulullah SAW. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada wasiat ini. Adakah ia benar atau dusta?. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu wang. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunnah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafaat khusus daripada Rasulullah SAW. Sesungguhnya syafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda di dalam sebuah hadith:

"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan 'Tiada tuhan yang lain daripada Allah' dengan penuh keikhlasan hatinya"

---------------------------------------

Semoga kenyataan di atas dapat menyelesaikan kebuntuan tentang siapakah penulis asal wasiat terbabit serta asalnya.

Berdoalah kepada Allah SWT agar kita semua diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebathilan. Jadi, selepas ini, kepada sesiapa yang berkaitan, hentikanlah menyebarkan perkara yang merupakan fitnah di dalam agama kita.

Allahu Ta'ala a'lam...

Untaian Dini Syarif pada 5:0

Thursday, February 12, 2009

lihat



kekuasan Allah



Lebah yang menulis

Wednesday, February 11, 2009

Boikot ISraell