Welcom to BaONG Blog
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Wednesday, March 11, 2009

Struktur Al-Aqsa terjejas

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel didakwa menjejaskan struktur asas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dengan membuka satu terowong besar di bawah bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Terowong itu digelar oleh media sebagai lokasi pelancongan sudah pun menyebabkan retakan di struktur kawasan pejalan kaki Haram al-Sharif.
Kawasan Haram al-Sharif itu menempatkan sejumlah lokasi bersejarah seperti kubah emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
"Tanpa sebarang keraguan di dalam pemikiran saya bahawa kerajaan Israel mempunyai hasrat dan keinginan untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
"Mereka (pihak kerajaan Israel) mahu melakukan (memusnahkan Masjid Al-Aqsa) dengan cara untuk menjadikan kemusnahan itu adalah akibat faktor alam semula jadi," kata Ketua Majlis Tertinggi Muslim yang memantau kawasan suci di Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein.
Menurutnya, semua aktiviti yang dilakukan oleh pihak Israel di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa adalah menunjukkan ia mahu memusnahkan kawasan suci umat Islam itu.
"Kini tiba masanya bagi umat Islam, kerajaan Islam dan pertubuhan Muslim di seluruh dunia untuk menghentikannya," katanya.
Beberapa pegawai Palestin dan pertubuhan penganut agama Islam termasuk Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan banyak amaran terhadap kerja-kerja penggalian di pekarangan serta bawah tanah Masjid Al-Aqsa.
Pada bulan lalu, Jordan meminta Israel menghentikan melakukan sabotaj terhadap struktur Masjid Al-Aqsa dengan memberi amaran bahawa isu sensitif itu mampu mencetuskan seluruh rantau tersebut berperang. - Agensi.

Sunday, March 8, 2009

MP Zeidan dibebaskan selepas 23 bulan dalam tahanan



Rabu, 04/03/2009 - Penguatkuasa Israel telah melepaskan Abdel-Rahman Zeidan, bekas Menteri Kementerian Kerja Raya dalam kerajaan Palestin yang ke-10 di bawah pimpinan PM Ismail Haneyya. Sumber menyatakan bahawa beliau dibebaskan dari penjara di padang pasir Negev pada hari Isnin 2 Mac 2009 setelah 23 bulan berada dalam tahanan.
Zeidan telah ditangkap pada 23 Mei 2007, lalu menjadi salah seorang dari berpuluh-puluh penggubal undang-undang Hamas dan menteri-menteri yang dipenjarakan oleh pihak Israel. Ini adalah kali kedua Zeidan telah ditangkap dan ditahan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Komander Al Quds syahid dalam serangan rejim Zionis.




Jumaat, 06/03/2009 - Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islami, Briged Al-Quds mengumumkan berita pembunuhan salah seorang komander mereka. Khaled Sha’lan, 24 tahun di Wilayah Utara Gaza pada malam Rabu lepas. Beliau cedera di dalam satu serangan hendap yang dilancarkan oleh pihak Yahudi laknatullah. Khaled telah meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan parah yang dihidapinya.
Briged Al-Quds menyatakan dengan tegas bahawa pihak mereka akan membalas serangan ini pada bila-bila masa dan ketika. Serangan yang telah dilancarkan oleh pihak rejim Zionis mensasarkan penduduk awam di kem pelarian Jabalia. Setakat ini tujuh penduduk awam telah cedera termasuk dua di dalam keadaan parah.
Di West Bank pihak berkuasa negara haram Israel telah menyerahkan notis kepada 15 penduduk di Nablus untuk mereka mengosongkan rumah dan harta benda sebelum 26/3/2009 untuk dirobohkan oleh pihak Yahudi Laknatullah. Maklumat dari penduduk memberitahu bahawa pihak Israel mendapati bahawa terdapat banyak rumah kediaman di daerah itu dibina sebelum bermula penjajahan Israel pada 1967.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Bai