Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat
Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.
…Firman Allah S.W.T
( Surah an-Nisak : Ayat 3 )
Maksudnya : ….Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja….
Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan.
Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.
Hikmah poligami
Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain
Poligami adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.
Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia.
Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.
Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat permusuhan antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami , keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal. ..