Welcom to BaONG Blog
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Monday, March 5, 2012

Cincin

Sifat dan bentuk cincin Rasulullah s.a.w diceritakan dalam banyak riwayat hadis. Daripada riwawat yg berbagai itu diringkaskan cincin Rasulullah s.a.w. diperbuat daripada perak dan mata cincinnya daripada batu hitam Habsyi. Padanya tertulis Muhammad pada satu baris, diikuti dengan Rasul dan pada garis terakhir kalimah Allah. Diriwatkan juga bahawa permata cincin Nabi daripada perak dan dipakai pada jari manisnya di sebelah kanan, ada riwayat menyebut sebelah tangan kirinya. Nabi s.a.w hanya memakai satu sahaja cincin dan apabila beliau ke tandas beliau akan menanggalkannya. Cincin itu sesudah kewafatan Nabi s.a.w diwarisi kepada Abu Bakr As-Siddik, kemudiannya Umar Al-Khattab, akhirnya Ustman Bin Affan dan dikatakan hilang kerana terjatuh di dalam telaga Aris di Madinah dan tidak lagi dijumpai. ..wallahua’lam

0 comments:

Post a Comment